Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (Latin. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentuk ketulan nugget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan