Tuhan telah kurniakan otak kepada seluruh makhluk bernyawa. Namun hanya manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Di sinilah kelebihan dan keistimewaan manusia berbanding makhluk yang lain. Bagaimanapun anugerah tersebut tidak memadai untuk memandu manusia ke arah yang lebih bahagia dan harmoni. Maka Tuhan telah anugerahkan dua lagi pemandu arah iaitu Al-Quran dan Ar-Rasul (utusan Allah).