Menu

4 Bentuk Pembelian Emas Public Gold

Pembelian bar, jongkong emas atau dinar Public Gold mempunyai beberapa kaedah yang memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut kesesuaian masing-masing.

Oleh kerana setiap manusia mempunyai citarasa, suasana hidup dan cara fikir yang berlainan maka Public Gold meraikan kepelbagaian tersebut.

Oleh demikian berikut adalah beberapa bentuk pembelian emas Public Gold:

1- Belian secara retail (runcit)

Pelanggan membuat bayaran di mana-mana kaunter 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Boleh merujuk di pautan berikut- Public Gold Malaysia. Kemudian anda boleh ambil dan bawa pulang emas serta disimpan sendiri.

2- Belian secara online

Pelanggan membuat pembelian melalui laman web Public Gold. Mereka boleh memilih item yang dikehendaki dan membuat tempahan. Kemudian membuat pembayaran secara online atau melalui ATM ke akaun Public Gold. Setelah 2 hari bekerja anda boleh mengambil emas tersebut di cawangan berkenaan.

3- Belian secara Akaun Emas ( GAP )

GAP adalah Gold Acumulation Program iaitu program mengumpul emas. Emas yang kita beli akan disimpan oleh Public Gold secara PERCUMA dan tiada caj pendahuluan atau bulanan. Harga emas GAP berubah setiap hari mengikut kadar perubahan emas dunia semasa.

Biasanya harga emas GAP lebih murah berbanding pembelian secara runcit. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengumpul secara sikit-sikit dan berterusan. Emas yang dibeli boleh diambil di cawangan pada bila-bila hari bekerja.

InsyaAllah, penjelasan lanjut berkaitan GAP ini saya akan perjelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4- Easy Payment Purchase ( EPP ) aka kutu emas

Pada item dan saiz berat emas tertentu kita boleh membuat pembayaran secara ansuran pada Public Gold. Kaedah ini umpama kita bermain kutu emas cuma kita hanya bermain seorang.

Pihak Public Gold akan sediakan jadual pembayaran kepada kita. Selesai pembayaran penuh samada setelah 4 bulan atau 10 bulan maka kita boleh mengambil emas tersebut.

Contoh pembayaran EPP

JOM ! BINA IMPIAN DENGAN EMAS.

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )
Telefon: 012-324 3508
Whatsapp: http://www.wasap.my/60123243508/emasPG

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *