Menu

Cara Menjana Keuntungan Dengan Emas

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Apabila anda membeli sesuatu barang sudah pasti inginkan manfaatnya. Begitu juga apabila membeli makanan dan minuman untuk hilangkan lapar dan dahaga. Inikan pula EMAS. Barangan bernilai tinggi tapi aset dan harta yang mudah alih. Sudah pasti inginkan manfaat darinya dan tertanya-tanya apa untung membeli EMAS.

Tulisan-tulisan yang lalu telahpun dikongsikan perihal keuntungan, manfaat dan faedah membeli dan menyimpan emas perlaburan fizikal ini. Saudara/ri boleh merujuk di sini –Faedah Simpan Emas.

Kali ini saya akan kongsikan BAGAIMANA untuk menjana keuntungan dari simpanan emas kita. Mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie telah menitipkan beberapa point penting seperti berikut:

1- Beli dan Simpan: Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 – 3 tahun. Kalau ada duit yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang, tukar saja kepada bentuk emas. Sebaiknya menyimpan secara konsisten walaupun #segram1bulan. Jual hanya bila betul-betul nak pakai duit. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi.

2- Beli, Jual, Beli, Jual: Jadikan emas sebagai alat untuk “trading” seperti saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Anda perlu mengulangi proses ni secara kerap.

Untuk kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi maka kena tahu sedikit sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Mentor saya syorkan untuk anda hadir seminar Analisis Teknikal dianjurkan oleh En. Shufaad Norani http://www.shufaad.com. Secara jujurnya, teknik ni tak semudah teori. Cabarannya lebih kurang mereka yang bermain di pasaran saham.

3- Berniaga Sambil Simpan Emas: Cara paling cepat untung dengan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung lebih besar walaupun harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 6 sumber keuntungan. Saudara/ri boleh merujuk artikel tulisan mentor saya di www.bit.ly/kelebihandealerpg.

Kesimpulan dari tulisan ini boleh dirumuskan bahawa pembeli emas ada 3 kategori:

1- Penyimpan
2- Perlabur
3- Peniaga + Penyimpan

Sekian dari saya, wassalam.

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *