Menu

ATUR KEWANGAN DENGAN BIJAK

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ceria dan salam bahagia untuk anda dan keluarga

Keadaan hidup hari ini memang mencabar. Namun tiada siapa yang tahu apakah akan datang hidup ini semakin lebih mencabar ? Oleh itu, walaupun dalam sukar perlu diusahakan juga untuk mempunyai sedikit simpanan yang mampu digunakan saat kecemasan untuk diri dan keluarga nanti.

Carilah sedikit ilmu berkaitan kewangan yang mampu membetulkan cara ekonomi kehidupan harian kita. Mudahan ada kebaikan yang bukan sahaja mampu membantu diri sendiri akan datang tetapi juga keluarga dan orang sekitar. Paling kurang, orang lain tidak menanggung akan kesusahan kita. Insya-Allah.

Semestinya bila kita bekerja atau berniaga akan perolehi gaji, elaun, keuntungan, saguhati, bonus atau sebagainya; kemanakah semua itu dihabiskan ? Apakah ada sebahagian diasingkan untuk kegunaan akan datang terutama bila berlaku sesuatu yang tidak diduga ? ( Mohon dilindungi ).

Di bawah beberapa saranan untuk kita amalkan…

Ini adalah contoh pecahan duit gaji/keuntungan setiap bulan yang cermat dan selamat: 10% untuk simpanan, 10% untuk pelaburan, 10% untuk perlindungan, 30% untuk belanja hangus dan 40% untuk komitmen.

Yang penting gunakan kaedah simpanan yang betul; simpan dulu baru belanja. Ibaratnya kita kayakan diri sendiri dulu dengan menyimpan, lepas tu baru kita kayakan bank bayar komitmen bulanan. ūüôā

Nak hidup tenang boleh follow kaedah ini, insya-Allah setiap bulan kita akan semakin bahagia. Sampai masa hutang dah habis bayar, simpanan pun ada dan hidup makin tenang. Alhamdulillah syukur…

Biasanya, orang yang simpan emas bijak mengatur kewangan mereka setiap bulan, sebelum dapat gaji lagi dah tahu setiap pecahan duit gaji/keuntungan mereka untuk tujuan apa.

Kaya bukan pada soal gaji besar, tapi soal tabiat kita menyimpan.

Selamat mencuba, selamat maju jaya !

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS !

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *