December 21, 2018
Kenapa kita perlu simpan emas?

Emas merupakan logam berharga sejak zaman berzaman ribuan tahun dahulu. Emas dijadikan sebagai perhiasan kerana kecantikannya. Emas digunakan sebagai sebahagian bahan binaan kerana keindahannya. Emas juga dijadikan hadiah dan pingat kerana punyai simbol kebanggaannya tersendiri. Emas turut dijadikan sebagai bahan kegunaan dalam bidang industri moden. Dan paling utama emas juga digunakan sebagai matawang sejak ribuan