EMAS : Kelebihan dan keistimewaan
Apa untung kita menyimpan emas ?
Sejak zaman berzaman emas adalah logam berharga yang paling tinggi nilainya. Emas dijadikan matawang dalam sistem jual beli manusia pada zaman tersebut selain logam perak yang turut digunakan. Banyak kisah pemimpin-pemimpin dunia yang tamakkan harta mengumpul kekayaan mereka dengan timbunan emas. Sehingga mereka sanggup melakukan kezaliman kerana rakus mengumpul harta bertimbun dan bergunung. Mungkin kita boleh membaca semula kisah-kisah Firaun dan Qarun serta pemimpin lain.
Saya sebagai seorang muslim dan mungkin anda yang sedang membaca tulisan ini juga seorang muslim mengetahui bahawa emas dan perak merupakan antara perkara yang diulang-ulang di dalam al-Qur’an. Bahkan disebut sebagai perhiasan di dunia dan di syurga nanti. Dengan erti kata lain, emas dan perak adalah logam bernilai di mata dunia dan akhirat.
Di sini saya senaraikan beberapa lagi keistimewaan dan kelebihan EMAS yang antaranya adalah:
01- EMAS – Diiktiraf di mana-mana tempat seluruh negara.
02- EMAS – Mempunyai nilainya yang tersendiri.
03- EMAS – Tidak mudah dibinasakan.
04- EMAS – Aset mudah alih.
05- EMAS – Kalis inflasi sejak berzaman.
06- EMAS – Aset yang mudah ditunaikan.
07- EMAS – Boleh dibahagikan kepada beberapa unit/kepingan
08- EMAS – Tidak boleh direkacipta.
09- EMAS – Simpanan menguntungkan dalam jangka masa panjang.
10- EMAS – Harta yang sukar diketahui umum.