Menu

Faedah Simpan Emas

Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan sudah pasti kita akan menimbang baik dan buruk, lebih dan kurang sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Apatah lagi jika perkara itu melibatkan kewangan, keselamatan dan seumpamanya.

Tidak kurang juga dengan membuat keputusan untuk membeli dan menyimpan emas serta terlibat dengan perlaburan emas. Semua itu memerlukan pengetahuan untuk menimbulkan keyakinan. Setelah ada keyakinan baru lega untuk mengambil tindakan.

Menyimpan emas perlaburan fizikal.

Apa kelebihan dan faedah yang kita dapat ?

Apa kesan baik yang akan diperolehi untuk masa depan kewangan kita ?

1-  EMAS: Rasa seronok nak menyimpan, rasa rugi nak menjual.

Sememangnya akan ada sedikit rasa sukar untuk menjual semula emas yang baru dibeli dan ketika semangat menyimpan masih membara. Apatah lagi, simpanan yang masih kecil belum mencapai target yang diimpikan.

2-  EMAS: Insurans hayat yang laku dan bernilai di semua tempat. Dalam dan luar negara.

Emas boleh dijadikan wang kecemasan apabila kita berjalan-jalan ke luar negara ataupun menunaikan haji dan umrah. Apatah lagi jika bar emas atau dinar yang mempunyai pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA).

3-  EMAS: Tetap dapat untung purata jika membeli secara konsisten setiap bulan. Walaupun ada ketika harga tinggi dan rendah.

Biarpun hanya mampu menyimpan 0.5 gram, yang penting adalah konsisten atau berterusan secara berkala.

4-  EMAS: dapat mengekalkan nilai dan kuasa beli dalam jangka masa panjang. Kalis inflasi.

5-  EMAS: aset fizikal yang boleh disembunyikan kekayaan. Mudah disimpan dan tanpa lesen atau geran.

6-  EMAS: aset yang sangat cair, mudah ditunaikan. Mudah dibeli dan dijual serta dibawa bersama.

Emas tidak seperti rumah atau tanah yang memerlukan pelbagai prosedur untuk bertukar hak milik dan mudah dibawa bersama-sama.

7-  EMAS: tidak boleh dimanipulasikan. Sebanyak mana emas yang wujud dalam perut bumi, sebanyak itu juga emas yang ada di dunia ini.

Berbanding dengan wang kertas yang boleh dicetak tanpa kawalan apabila berlaku sesuatu krisis samada ekonomi mahupun politik. ‘Duit pisang’ adalah sejarah tanahair yang tidak boleh dilupakan.

Simpanan emas adalah antara simpanan yang mampu mencapai matlamat simpanan kita. InsyaAllah.

BINA IMPIAN DENGAN EMAS.
Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508
Beza nilai emas dalam jangka masa 12 tahun

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *