Menu

Kenapa kita perlu simpan emas?

Emas merupakan logam berharga sejak zaman berzaman ribuan tahun dahulu. Emas dijadikan sebagai perhiasan kerana kecantikannya. Emas digunakan sebagai sebahagian bahan binaan kerana keindahannya. Emas juga dijadikan hadiah dan pingat kerana punyai simbol kebanggaannya tersendiri. Emas turut dijadikan sebagai bahan kegunaan dalam bidang industri moden. Dan paling utama emas juga digunakan sebagai matawang sejak ribuan tahun dahulu. Tidak kurang juga dengan perak (silver).

Oleh itu, simpanan emas ini merupakan salah satu bentuk simpanan kewangan juga. Di sini kita menukar sebahagian harta/duit kita kepada bentuk emas dan bila memerlukan semula wang kita boleh memajak atau menjualnya semula. Kerana itu sebahagian penyimpan tegar dan usahawan emas menyatakan bahawa kita sebenarnya bukan membeli emas tetapi hanya mengalihkan wang kepada emas.

Sebab utama kita menyimpan emas adalah bagi mengelak harta kita (dalam bentuk duit) jatuh nilainya kerana inflasi. Itu adalah kelemahan sistem wang kertas dan perbankan konvensional yang ada sekarang. Setiap sela beberapa tahun akan berlakunya mikroinflasi.

Contoh paling senang dilihat, duit kertas RM100 pada 10 tahun lalu dengan sekarang. Nilainya sama tetapi kuasa beli yang berbeza. Mungkin RM100 boleh memenuhkan satu troli dengan barangan dapur pada 10 tahun lalu tapi kini bolehkah RM100 tu membeli item yang sama seperti 10 tahun lalu?

JOM ! BINA IMPIAN DENGAN EMAS.

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )
Telefon: 012-324 3508
Whatsapp: http://www.wasap.my/60123243508/emasPG

Dinar dan Dirham Public Gold
Dinar & Dirham Public Gold

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *