Menu

Maksimumkan Keuntungan Bila Beli Emas

         Setelah anda ada pengetahuan berkenaan kepentingan emas, maka akan timbullah keyakinan untuk memiliki emas dan menyimpannya. Kemudian anda dengan semangat berusaha mendapatkan emas; samada di kedai-kedai emas atau melalui ejen-ejen yang anda kenali.

Namun begitu, adalah suatu kerugian apabila anda telah membeli suatu aset bernilai tanpa menyelidiki terlebih dahulu beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada produk emas yang anda beli.

Di sini ingin saya kongsikan kepada anda beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum membeli emas untuk simpanan jangka masa panjang ataupun untuk pelaburan. Perkara ini penting supaya anda dapat memiliki emas yang diyakini produknya dan perolehi keuntungan maksimum apabila anda ingin menjual atau menggadainya kelak.

Anda perhatikan dan ambil kira perkara-perkara berikut sebelum membeli emas:

1- Harga emas per gram (RM / gram)

  • item emas yang tidak dikenakan upah tukang
  • tiada GST

2- Susut nilai (spread) yang nipis

  • memastikan berapa beza harga jualan – harga belian
  • syarikat yang menawarkan susut nilai yang nipis
  • membeli emas yang lebih berat gramnya maka susut nilainya lebih kecil.

3- Boleh dan mudah digadaikan di ar-Rahnu

  •  syarat gadaian yang tidak merumitkan
  • mengambilkira upah simpan

4- Cawangan jual beli banyak

  •  ini bagi memudahkan urusan beli dan jual
  •  kurang kos pengangkutan
  •  tidak hanya bergantung kepada ejen

5- Kesediaan stok

  •  Boleh dapatkan stok dalam jumlah yang banyak
  •  Stok sedia ada, jika tiada pun jarak masa untuk dapatkan stok yang dikehendaki tidak lama

6- Syarat jual yang tidak menyusahkan

  •  tidak perlu tunjuk resit jualan
  •  tidak perlu dibuka permanent seal
  • mampu beli semula stok walaupun harga sedang melambung

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *