MATLAMAT HIDUP
Tuhan telah kurniakan otak kepada seluruh makhluk bernyawa. Namun hanya manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Di sinilah kelebihan dan keistimewaan manusia berbanding makhluk yang lain. Bagaimanapun anugerah tersebut tidak memadai untuk memandu manusia ke arah yang lebih bahagia dan harmoni. Maka Tuhan telah anugerahkan dua lagi pemandu arah iaitu Al-Quran dan Ar-Rasul (utusan Allah). Maka akal, wahyu dan Rasul adalah petunjuk yang seimbang untuk manusia dan sekalian alam bagi mereka yang mengikuti dan menggunakannya.
Tuhan yang menciptakan manusia dan sekalian makhluk, maka tuhan yang Maha Adil itu juga memberikan panduan dan petunjuk untuk manusia menjadi makhluk yang paling mulia. Bahkan manusia adalah khalifah di atas alam ini.
Walaupun manusia dianugerahkan otak, akal, wahyu dan ar-Rasul tetapi tidak semua manusia menggunakannya dengan baik dan mengikutinya dengan patuh. Dengan demikian tidak menghairankan jika ada sebahagian manusia yang kehidupan mereka seperti makhluk yang bukan manusia, bahkan ada yang lebih dahsyat dari itu.
Oleh demikian, berusahalah menjadi seorang manusia dan hamba Tuhan yang baik dan bertambah baik serta memberi kebaikan kepada manusia yang lain. Itulah matlamat umum seorang insan yang mempunyai akal yang waras. Makmur alam ini kerana wujudnya mereka.
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM HIJRIAH 1440
BINA IMPIAN DENGAN EMAS.