Menu

MENYIMPAN WANG UNTUK MASA DEPAN

Assalamualaikum wb.t.

Salam ceria dan salam bahagia untuk anda dan keluarga.

Saudara/saudari,

Setiap masalah yang menimpa diri kita pasti akan ada jalan penyelesaian. Sebagaimana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Cuma kebuntuan kita pada satu-satu masalah itu adalah kerana kejahilan dan kecetekan pengetahuan kita sebagai insan. Maka setiap masalah yang berlaku perlu dicari solusi dan jalan penyelesaiannya.

Alhamdulillah, sejak bertemu dengan penulisan-penulisan motivasi kewangan samada di internet atau di buku-buku yang dibeli telah memberi banyak faedah dan kesedaran kewangan pada diri. InsyaAllah, saya cuba kongsikan sedikit pengetahuan berkaitan beberapa bentuk dan kaedah simpanan yang mudah dan mampu diamalkan hingga berjaya.

Ada beberapa kaedah menyimpan wang yang boleh diamalkan supaya cukup masa kita ada sejumlah wang yang boleh digunakan untuk sesuatu perkara yang betul-betul diperlukan atau disimpan ke Tabung Haji atau ditukar kepada aset kecil.

Antaranya melalui simpanan harian. Jumlah simpanan mengikut berapa haribulan dalam setiap bulan. Seperti 1hb simpan RM1, 2hb simpan RM2, 15hb simpan RM15 hingga hujung bulan. Kemudian bersambung semula bulan berikutnya mengikut tarikh pada kalendar, 1hb simpan RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 dan seterusnya. Mengikut kiraan, cukup sebulan wang tabungan anda sudah terkumpul sebanyak RM465. Jika anda sudah berumahtangga boleh menggalakkan lagi simpanan bersama pasangan. Samada berselang-seli hari mahupun berlumba pada hari yang sama.

Sebahagian orang menyimpan wang dengan menggunakan kaedah kiraan bulanan. Seperti bulan Januari (bulan 1) simpan RM10, bulan Februari RM20, Mac RM30 dan seterusnya sehingga bulan Disember (bulan 12) disimpan RM120. Maka setelah setahun menabung anda akan perolehi RM780. Tidak kurang juga yang komitmen menyimpan dengan sejumlah duit pada setiap bulan seperti RM100 sebulan. Maka pada akhir bulan, hujung tahun berjaya mengumpul RM1200. Namun kaedah tadi boleh dilakukan jika baru berlatih nak mula menyimpan wang; bermula dari sedikit-sedikit.

Ada juga yang menabung secara mingguan. Mengikut kiraan minggu pertama sehingga minggu terakhir pada hujung tahun. Minggu pertama mereka menyimpan RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 sehingga minggu ke 52 (hujung tahun) mereka akan masukkan RM52 ke dalam tabung mereka. Akhirnya jumlah tabungan yang akan diperolehi adalah sebanyak RM1378. Sediakan senarai untuk ‘tick’ stiap kali masukkan duit ke dalam tabung. Bimbang terlepas pandang dan sepilah tabung tu…

Apabila sudah dapat jumlah tabungan yang dikumpul cepat-cepat alihkan ke tempat simpanan wang yang susah nak bocor. Antaranya seperti di Tabung Haji, ASB (syariah:sebahagian berpendapat harus) atau simpan emas perlaburan fizikal iaitu bar emas dan dinar. Emas terbukti kalis bocor dari pengalaman kebanyakan penyimpan emas. Emas juga adalah aset yang kecil dan mampu milik oleh kebanyakkan orang.

Saudara/saudari,

Hendak mulakan menyimpan dan menabung perlu tanam azam yang tinggi, impian yang besar, bertindak segera (jangan tangguh) dan cari tabung yang susah dikorek 🙂 . InsyaAllah niat murni untuk menabung akan diberkatiNya, untuk diri dan keluarga.

Aku simpan duit sebab……

Rujukan sumber: Hafizul Hakim

Selamat mencuba, selamat maju jaya !

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS !

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )
2020.07.29 || RABU

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *