Menu

Pemurataan Harga Emas

Apabila seseorang yang baru nak memulakan belian/simpanan emas, dia akan memikirkan harga. Adakah harga sekarang murah atau mahal ? Menurut saranan mentor saya, mulakan saja simpanan dengan harga sekarang. Ia akan menjadi benchmark atau penanda aras bagi belian yang seterusnya. Oleh sebab itu, amat disarankan supaya anda:

  1. Buat simpanan emas dengan adanya target. Berapa ratus atau ribu gram yang anda perlukan untuk capai impian anda atau simpanan kecemasan dan wang persaraan yang diperlukan.
  2. Simpan emas dengan konsisten/berterusan secara berkala (minggu/bulan). Nanti anda boleh buat pemurataan harga supaya anda sedar bahawa harga belian emas anda sebenarnya tidaklah terlalu mahal. Mereka yang sudah pernah menyimpan emas juga boleh guna kaedah ini untuk semangat konsisten menyimpan.

Bagaimana cara membuat pemurataan harga ?
Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

KAEDAH 1:

Sepanjang tahun 2020, seorang penyimpan emas berjaya simpan emas sebanyak 64.25 gram dengan pelbagai harga dengan jumlah keseluruhan RM16,745.

= Total wang yang dikeluarkan untuk simpan emas pada tahun tersebut ialah RM16,745

= Total gram emas yang disimpan ialah 64.25 gram

Jadi
RM16,745 / 64.25g = RM261 segram

Purata harga 1 gram emas yang beliau simpan/beli sepanjang tahun 2020 ialah RM261 segram.

KAEDAH 2:

  1. Senaraikan harga belian emas sebelum ini. Contohnya RM300/gram, RM295/gram, RM293/gram, RM287/gram…
  2. Buat simpanan baru dengan harga belian sekarang/semasa. Contohnya hari ini RM280/gram.
  3. Selepas buat belian emas yang terbaru, campurkan harga belian-belian sebelum ini dengan belian baru. Contoh: RM300 + RM295 + RM293 + RM287 + RM280. Maka jumlahnya adalah RM1455.
  4. Bahagikan jumlah harga tersebut kepada 5 (sebab melibatkan 5 kali belian). Maka hasilnya adalah RM291 segram.

Jadi, harga belian/simpanan emas anda setelah pemurataan harga adalah hanya RM291/gram.

Kenapa perlu pemurataan harga?

  1. Supaya kita fokus perbanyakkan gram emas simpanan kita berbanding sekadar lihat turun naik harga emas. Konsisten menyimpan hingga capai impian.
  2. Supaya kita dapat gambaran kasar berapa nilai asas emas fizikal kita pada tahun tersebut. Maka bila ada keperluan untuk jual emas tersebut, kita boleh tengok berapa keuntungan yang dijana.

Kredit:
Tuan Syahrul Azlan Abdullah
Tuan Wan Mohd Wazir

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS

Mohd Asri Zolkafli
PG051477
Authorised Public Gold Dealer
http://www.wasap.my/60123243508/emas

Tags:,

Add a Comment

Your email address will not be published.