Menu

GAP: Program Kumpul Emas

Gold Accumulation Program (GAP) adalah program mengumpul emas yang disediakan oleh Public Gold. Program ini memudahkan para pelanggan membeli dan menyimpan emas dari sekecil 1 gram hingga berkilogram. Sudah tentunya emas tersebut berketulenan 24 karat / 999.9 dan berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery).

Dengan GAP anda boleh menambah belian emas secara berkala, sebulan atau dua bulan segram dsb. Atau bila-bila masa dalam 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kemudian anda dapat mengeluarkan emas fizikal tersebut sama ada dalam bentuk bar emas 24k atau dinar 24k. Ini mengikut gram yang terkumpul dan bentuk item yang dikehendaki.

Berapa modal untuk menyertai Program GAP ?

Modal minima yang anda perlu untuk menyertai program GAP ini adalah 1 gram ( mengikut harga harian /gram ) atau boleh juga dengan hanya RM100. Tapi disyorkan membeli emas dalam gandaan 1 gram untuk mudah membuat kiraan.

Bagaimana cara menyertai program GAP ?

Cara menyertai program GAP adalah dengan HANYA membeli emas 1 gram atau serendah RM100 dan secara automatik anda akan menjadi ahli Public Gold dengan mendapat kod ahli. Dealer akan membantu anda untuk mendapatkan beberapa maklumat peribadi pembeli. Anda boleh hubungi saya sebagai introducer anda di whatsapp atau ke cawangan Public Gold berhampiran dan maklumkan kepada staff saya sebagai introducer anda Mohamed Asri Bin Zolkafli, kod PG 051477.

Adakah caj penyimpanan dikenakan dalam program GAP?

Tiada sebarang caj simpanan dalam program GAP. Ia adalah PERCUMA. Bahkan anda akan diberikan akaun online untuk memantau simpanan anda.
Berbeza dengan pembelian emas secara terus atau runcit, caj penyimpanan akan dikenakan jika tidak mengambil emas fizikal yang dibeli selewatnya 2 bulan.

Bila tarikh luput akaun GAP ?

Akaun GAP tiada tarikh luput selagi adanya Public Gold. Program GAP adalah pelaburan sepanjang hayat dengan syarat perlu kekalkan minima 1 gram di dalam akaun untuk aktifkan akaun tersebut.

Siapa boleh menyertai program GAP ?

Semua warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia yang mempunyai passport yang berumur 18 tahun ke atas.
Juga boleh menamakan anak dan waris sebagai penama yang berumur kurang 18 tahun.

Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibubapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP untuk mereka secara bersama (joint account), di mana ibubapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Ibu bapa atau penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

Apa kelebihan membeli emas melalui program GAP ?

Kelebihan membeli emas program GAP ialah dapat membeli item emas yang kecil dengan harga murah. Contohnya, harga emas 1 gram hari ini RM190. Jadi jika keluarkan emas tersebut harga gold bar 1 gram adalah RM190 + RM10 caj gold premium menjadikan harga berjumlah RM200.

Harga gold bar 1 gram 24K yang sama jika dibeli secara terus atau ‘cash and carry’ di cawangan Public Gold atau daripada dealer harganya adalah RM250. Item emas yang sama tapi harga berbeza dan kaedah belian juga berbeza yang membolehkan penjimatan, jadi lebih baik menyertai program GAP.

Apakah yang dimaksudkan caj premium ?

Caj premium adalah caj yang dikenakan ke atas semua belian emas fizikal Public Gold kerana kos pengangkutan penghantaran emas public gold yang dicop LBMA di Turki. Caj Gold Premium bergantung kepada jenis emas. Contoh jika keluarkan gold bar 1 gram LBMA dikenakan gold premium RM10, keluarkan gold bar 100g dikennakan caj gold premium RM70 dan sebagainya.

Adakah pembelian emas di syarikat Public Gold menepati syariah?

InsyaAllah, jual beli emas di syarikat Public Gold samada secara online atau ‘cash’ n ‘carry’ bertepatan dengan syariat. Boleh rujuk di laman fatwa kebangsaan. Selain itu, syarikat Public Gold telah pun menerima sijil pengesahan patuh Syariah secara rasmi pada 16 Disember 2016 daripada Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. Firma ini diketuai oleh seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia perbankan dan kewangan Islam di Malaysia iaitu Dr. Mohd Daud Bakar.
Bahkan Public Gold turut menganjurkan beberapa seminar berkaitan emas dan syariah sejak tahun 2015.

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS !

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )
Telefon: 012-324 3508
Whatsapp: http://www.wasap.my/60123243508/emasPG

Pengesahan patuh syariah jual beli emas PG

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *