Menu

SIMPAN EMAS ATAU DUIT ?

( ELAK KEBOCORAN SIMPANAN )

Galakkan membuat simpanan atau menabung duit telah lama diketahui oleh masyarakat kita. Cuma tidak menjadi amalan atau tabiat dalam kehidupan.

Sejak zaman tabung buluh, tabung tempurung nyior dan seumpamanya telah lama diperkenalkan. Bahkan zaman tok nenek kita lagi mereka menyimpan duit bawah bantal, bawah lipatan kain dalam almari, dalam tanah dan sebagainya.

Cara dan kaedah sudah banyak tetapi penghujung dan matlamat menyimpan itu ada yang berjaya mencapainya dan ada pula yang berjaya sampai separuh jalan sahaja.

Maka ramainya adalah yang menyimpan separuh jalan sahaja. Kenapa ?

  1. Mereka tidak meletakkan matlamat menyimpan kewangan seperti ingin menunaikan haji, membina rumah sendiri, melanjutkan pelajaran anak-anak dan sebagainya. Maka tiada booster diri untuk terus menyimpan.
  2. Terlalu berhajat pada sesuatu yang tidak berapa penting bahkan boleh ditangguh dahulu. Maka tabung dipecah. Dengan alasan tabung sudah penuh. Sedangkan sebaiknya ditambah tabung yang baru manakala tabung lama yang sudah penuh wangnya disimpan di bank.
  3. Beri hutang pada kenalan sedangkan kita tidak mampu tanggung jika hutang tersebut hangus.

Mereka yang gagal membuat simpanan wang seperti juga mereka yang tidak pernah menyimpan. Tiada hasil. Cuma mereka yang pernah menyimpan sudah ada pengalaman sendiri.

Cari cara baru.

Apabila ada duit di tangan (hatta dalam akaun bank sekalipun) kita akan cenderung untuk berfikir nak belanja apa. Kadangkala pada asalnya kita tiada niat untuk membeli sesuatu. Tapi bila ada duit di tangan, perasaan mula membuak, fikiran mula melayang untuk berbelanja. Sesuatu barang yang masih boleh digunapakai mula difikir sudah uzur. Sesuatu barang yang masih cantik mula perasan sudah tidak trending.

Tambahan pula bila ada ‘SALES’ dan harga runtuh. Kita akan mula ‘hanyut’ untuk membeli sesuatu yang hanya kerana harganya lebih murah berbanding sebelumnya. Sedangkan hakikatnya, tiada keperluan pun untuk membeli pada waktu itu. Akhirnya, kita rasa menyesal kerana dah terbeli barang tersebut.

Berbeza dengan simpanan emas. Simpanan emas bertahan lebih lama berbanding dalam bentuk duit tunai di bank. Apatah lagi sekarang zaman serba serbi online, maka kebocoran kewangan lebih menakutkan.

Pengalaman ramai penyimpan emas, mereka biasa menyimpan 1 gram gold bar dalam dompet. Menurut mereka, RM300 dalam dompet lebih cepat habis berbanding 1 gram gold bar tidak terusik. Walaupun nampak dalam dompet itu ada 1 gram gold bar atau ada 1 dinar tapi tak terfikir dah nak berbelanja.

Demikianlah naluri kita pada emas cenderung untuk disimpan atau dijadikan hiasan. Sedangkan naluri kita pada wang/duit adalah untuk dibelanjakan.

Oleh itu, duit yang sedia ada disimpan perlu bertambah itu penting. Tapi yang lebih penting adalah duit simpanan itu bertahan dari bocor. Maka rawatlah kebocoran simpanan dengan menyimpan emas secara tetap dan berkala.

ORANG YANG ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS….

JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS
……………………

Mohd Asri Zolkafli
PG051477
Authorised Public Gold Dealer
http://www.wasap.my/60123243508/emas

Saya ada sediakan Channel Telegram khusus untuk update informasi terkini tentang emas, aktiviti Public Gold, dan motivasi kewangan.

Untuk join, tuan/puan, saudara/saudari boleh klik link ini https://t.me/mohdasrizolkafli

Add a Comment

Your email address will not be published.