Menu

Harga Emas Kini

Assalamualaikum dan salam ceria !

Harga emas sekarang sudah melonjak tinggi dalam sebulan dua ini. Beberapa pendapat pelabur emas menyatakan bahawa harga emas akan kekal pada paras RM 200 ke atas. Bahkan pada bulan ini harga emas mengikut harga GAP Public Gold belum lagi menurun hingga RM 200 segram. Paling rendah RM 210 segram.

Beberapa tahun lepas harga emas di bawah paras RM200/gram mengikut harga PG. Ketika itu, ramai pelabur dan penyimpan emas pelaburan mengidamkan harga tinggi kerana mungkin simpanan mereka sudah berkilo. Bahkan sebahagian mereka seolah-olah kurang percaya; benarkah harga emas akan menaik tinggi ? Boleh percayakah kata-kata dealer dan penjual emas ni ? Sedangkan ramai para penjual emas sering menyebutkan bahawa emas perlaburan ini adalah simpanan untuk jangka masa panjang.

Oleh kerana itu, mentor saya ada menyarankan kalau nak beli emas perlaburan sebagai aset, beli dengan wang yang tidak ingin digunakan lagi untuk perbelanjaan. Daripada wang itu disimpan lama dalam keadaan nilainya kian merosot lebih baik menyimpan emas perlaburan. Kerana kebiasaannya nilai emas perlaburan akan meningkat dalam jangka masa panjang.

Pada masa saya mula membeli dan menyimpan emas perlaburan Public Gold ini hanya bermula dengan 2 gram bar emas. Ketika tahun 2015 itu bar emas ini hanya bernilai RM 150 lebih segram.

Kira-kirakan, berapa banyak beza dengan ‘harga jual’ semula pada hari ini ?

Bayangkan, jika saya berjaya mengumpul 100 gram atau lebih dengan belian harga ketika itu… 😉

BINA IMPIAN DENGAN EMAS.

Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer
PG051477
Telefon: 012-324 3508
Whatsapp: http://www.wasap.my/60123243508/emasPG
Koleksi Dinar Public Gold (new)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *