Menu

Tag: pajak

TIP DAN TEKNIK AR-RAHNU

Saya telah mengikuti salah satu sesi video live Talkshow G100 di Fb Page PGG100 Network berkenaan “Tip dan Teknik Ar-Rahnu” yang telah membongkarkan banyak ilmu berkaitan pajak gadai. Di sini saya kongsikan untuk anda antara tip dan teknik tersebut. Mudahan banyak manfaat yang diperolehi supaya kita dapat menguruskan pajakan atau ar-rahnu dengan betul dan menguntungkan.

EMAS BACKUP BELANJA HANGUS

Setelah bersusah payah menyimpan sebahagian pendapatan sedikit demi sedikit, dari satu masa ke satu masa rupa-rupanya masih sedikit. Azam dan usaha sudah ada tetapi kurang menjadi. Ini berlaku kerana kebocoran simpanan samada secara sedar atau tidak sedar. Apatah lagi sekarang semua urusan jual beli melalui atas talian (online). Duit mengalir tanpa sedar dan kurang kawalan.