TIP DAN TEKNIK AR-RAHNU

Saya telah mengikuti salah satu sesi video live Talkshow G100 di Fb Page PGG100 Network berkenaan “Tip dan Teknik Ar-Rahnu” yang telah membongkarkan banyak ilmu berkaitan pajak gadai.
Di sini saya kongsikan untuk anda antara tip dan teknik tersebut. Mudahan banyak manfaat yang diperolehi supaya kita dapat menguruskan pajakan atau ar-rahnu dengan betul dan menguntungkan.
Antara tip apabila anda nak membuat pajak gadai emas khasnya emas perlaburan adalah seperti berikut:
1- Tidak perlu pajak semua emas yang ada. Sebaiknya ditinggalkan sedikit supaya terus bersemangat menyimpan emas.
2- Hubungi cawangan-cawangan ar-rahnu untuk anda mendapat tahu beberapa maklumat pajakan bagi setiap cawangan. Antara maklumat yang boleh diambilkira adalah cawangan yang memberikan pinjaman yang tinggi, kos upah simpan yang rendah dan masa pajakan yang panjang.
3- Walaupun emas yang anda pajak itu boleh mendapatkan pinjaman wang lebih dari yang diperlukan, jangan ambil semua. Ambil jumlah wang tersebut yang betul-betul cukup dengan keperluan asal sahaja.
4- Menggunakan ar-Rahnu yang bersandarkan pada koperasi dan sebagainya bukan pada bank. Ini supaya nama anda tidak berkait dengan CCRIS.

5- Buat banyak surat pajak jika anda mempunyai beberapa item emas (samada gold bar, dinar atau barang kemas). Apabila ada banyak surat pajak akan memudahkan anda menebus emas satu persatu. Jika ada ingin memajak 50 gram sebaiknya gunakan 5 keping gold bar 10 gram sebagai contoh.
6- Tebus emas yang dipajak seberapa cepat. Tidak perlu tunggu tarikh atau tempoh yang ditetapkan oleh syarikat ar-rahnu. Semakin cepat anda tebus lagi berkurang upah simpan yang ditanggung.
7- Jika pajak gold bar atau dinar pastikan dari jenis tidak berbalut atau bukan dalam kad. Biasanya syarikat pajak akan membuka seal untuk uji ketulenan. Apabila dibuka seal, harga jual balik emas tesebut nanti akan semakin rendah.
8- Yang paling penting, sebelum anda memajak pastikan anda sudah ada jalan dan cara untuk menebusnya semula.
Tuan/puan, orang yang memajak emas menandakan mereka orang berharta. Mereka meletakkan harta untuk dicagarkan lalu mendapat sejumah wang. Bukan seperti pandangan sesetengah orang, bahawa mereka yang masuk kedai pajak gadai ini adalah kaki hutang. Yang sebenarnya mereka adalah orang berharta.
JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS
Mohd Asri Zolkafli
PG051477
Authorised Public Gold Dealer
http://www.wasap.my/60123243508/emas
>> Saya turut sediakan Channel Telegram khusus untuk update informasi terkini tentang emas, aktiviti Public Gold, dan motivasi kewangan. Untuk join, tuan/puan, saudara/saudari boleh klik link ini Telegram Emas & Kewangan